Assalamualaikum, Kak Erra... harap tak keberatan membenarkan saya untuk maklumkan pada Kak Erra serta para peminat beading/sulaman di sini bahawa Pn Rosita Jaafar, penulis serta pendidik beading/sulaman telah menubuhkan sebuah Beaders Fan Club supaya kita dapat mengumpulkan para peminat beading di seluruh Malaysia. Seperti yang kita semua ketahui, Pn Rosita telah menulis beberapa buah buku mengenai beading serta sulaman yang menjadi sumber rujukan utama ramai beaders dan dengan ini, para peminat bukan sahaja dapat dimaklumkan mengenai buku-buku terbaru malah juga bengkel-bengkel yang akan diadakan oleh ramai beaders yang turut bergerak sendiri. Dengan kata lain, kita semua dapat berkongsi maklumat serta dapat mengetahui aktiviti-aktiviti terbaru beaders di negara kita. Banyak lagi perancangan Pn Rosita nanti yang akan dapat memberi manfaat kepada para penggemar beading.
Erra,
Salam. Sekarang you dah jadi member The Beaders fan Club. Terima kasih kerana beri ftimdc.com support. Tapi jangan lupa nanti datang ke pertandingan Sulaman Manik Kristal 2010 atau masuklah pertandingan ok. Semoga erat lagi silatulrahim kita semua.
Salam mesra
RJ